fbpx

Itali catat rekod 600,000 suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di dewan pameran Claudia Comte dekat Turin, Itali pada 27 Mei lalu. - AFP

ROM – Sejumlah 600,000 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan di Itali dalam masa sehari   semalam, kata pihak berkuasa sekali gus rekod baharu di negara tersebut.

“Hari Jumaat (semalam) mencatatkan paling banyak suntikan dalam tempoh 24 jam  iaitu mencecah 600,000 dos dan melepasi angka 37 juta dos suntikan setakat ini,” kata badan kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan kempen vaksinasi.

“Itali berada di tempat kedua di Eropah dalam aspek bilangan orang yang divaksinasi sepenuhnya di belakang Perancis dan  Sepanyol,” tambahnya.

Menurut badan berkenaan, pencapaian itu antara lain disebabkan oleh penambahan pusat vaksinasi yang kini berjumlah 2,666 berbanding 1,500 awal program  pelalian Mac lalu. Katanya, kira-kira 800 pusat vaksinasi baharu akan dibuka dalam masa beberapa minggu lagi.

Menurut perangkaan kerajaan, sejumlah 37.06 juta dos suntikan vaksin telah diberikan dan seramai 12.7 juta orang atau hampir 24 peratus populasi Itali berusia lebih 12 tahun telah menerima pelalian.

Pandemik Covid-19 telah meragut 126,415 nyawa di Itali, namun bilangan kes dan kematian beransur-ansur menurun sejak beberapa minggu lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI