fbpx

Issey nafi terlibat promosi judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISSEY mendakwa ada pihak menyalahgunakan videonya untuk promosi judi online.

PETALING JAYA – Penyampai radio dan pelawak popular, Issey mendakwa identiti dan videonya telah disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi mempromosikan judi online.

Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 34, berkata tersebut baru diketahui semalam selepas seorang kenalan mengirimkan satu video promosi judi online yang menerusi iklan Instagram dan TikTok.

“Saya terkejut sebab tak semena-mena aksi saya yang ketika itu sedang bertugas dalam konti radio diedit dan dijadikan ‘model’ kononnya sedang leka bermain judi online.

“Lucunya video berkenaan dicuri daripada Tiktok Fizi Ali yang dimuat naik di dalam akaun peribadinya tahun lalu.

“Perkara ini serius sebab fitnah yang boleh membuatkan orang menyangka saya sanggup melakukan apa saja demi wang selain boleh mencalarkan imej stesen radio tempat saya bertugas.

“Saya harap tidak ada yang terpedaya dengan promosi judi online itu atau menyangka yang bukan-bukan. Ia perlu dihentikan kerana melampau,” katanya kepada Kosmo!

Penyampai radio Suria FM itu juga memaklumkan akan membuat satu laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Akuinya, tindakan tegas perlu dilakukan supaya kejadian sama tidak berulang tambahan pula selepas semakan pihaknya tidak dapat mengesan siapa di sebalik akaun berkenaan.

“Kejadian seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa saja kerana pihak terbabit mengambil gambar atau video orang lain secara rawak.

“Mereka berani berbuat demikian disebabkan pandai menutup jejak. Saya mungkin bukan mangsa pertama, tapi saya takkan berdiam diri.

“Di atas nasihat keluarga dan rakan lain, saya akan membuat laporan polis secepat mungkin,” kongsinya.

Akui Issey lagi, ini bukan kejadian pertama gambar dirinya disalahgunakan untuk tujuan promosi produk sehingga memaksanya mengambil tindakan susulan.

“Ketika saya baru mendirikan rumahtangga, gambar saya pernah memghiasi satu promo iklan ubat kuat. Memang lucu tetapi kalau tak betul saya kena tegur pihak itu.

“Namun isu berkenaan selesai selepas saya menghantar mesej secara langsung (DM) kepada pemilik akaun Instagram terbabit, meminta gambar saya dipadamkan.

“Alhamdulillah perkara tersebut dapat diselesikan secara baik, sebab saya pun tak mahu menyusahkan peniaga seperti itu.

“Bagi saya mudah saja, kalau nak berniaga biarlah jujur dan ikhlas. Jangan gunakan gambar atau video orang lain untuk testimoni bagi menarik pembeli,” katanya.

Issey yang mengendalikan segmen Team Pagi Suria dan Carta Suria Top 40 turut menyerlah sebagai pelakon drama serta filem. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI