fbpx

Ibadah korban di pusat sembelihan sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan ibadah korban termasuklah aktiviti sembelihan, memotong, menimbang dan mengagihkan daging korban tidak dibenar dilaksanakan di masjid dan surau seluruh negeri ini.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, aktiviti itu hanya dibenarkan dibuat di rumah sembelihan yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah sahaja.

Menurutnya, agihan akan dilaksanakan terus oleh pihak penganjur kepada peserta dan asnaf fakir miskin selepas selesai kerja ibadah korban di rumah sembelihan.

“Pada 10 Zulhijjah setiap tahun, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Antara perkara yang digalakkan dalam menghidupkan perayaan ini adalah dengan menyembelih binatang korban.

“Dalam situasi yang sedang berlaku di waktu ini, maka pelaksanaan ibadah korban perlu dilihat dalam pelbagai sudut termasuklah dalam memutuskan rantaian Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Bagi pelaksanaan ibadah korban tahun ini, pusat penyembelihan yang berdaftar adalah sebanyak 115 rumah sembelih sementara di negeri ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI