fbpx

Galak daftar vaksin, Pejabat Parlimen Hulu Terengganu tawar ganjaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kiri) meletakkan bungkusan minyak masak di Gerobok Prihatin Masjid Ajil di Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Pejabat Parlimen Hulu Terengganu mengambil pendekatan menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 sebagai galakan lebih ramai penduduk daerah itu mendaftar dengan program Imunisasi Covid-19 (PICK).

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, ganjaran wang tunai tersebut akan diberikan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen tersebut yang berjaya merekodkan peratusan tertinggi dalam pendaftaran PICK menerusi aplikasi MySejahtera.

“Saya difahamkan Terengganu merupakan antara negeri yang mencatat peratusan terendah dalam pendaftaran suntikan vaksin Covid-19.

“Sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu, saya mahu membantu menggalakkan lebih ramai rakyat khususnya di daerah ini mendaftar dengan PICK menerusi penawaran ganjaran tersebut,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan khas Covid-19 untuk Gerobok Prihatin Masjid Ajil di sini hari ini.

Rosol berkata, empat DUN terlibat terdiri daripada Manir, Ajil, Kuala Berang dan Telemong.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, hadiah kemenangan akan diserahkan kepada Pejabat DUN terlibat untuk manfaat rakyat.

“Saya berharap pihak terlibat termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat membantu lebih penduduk mendaftar.

“Rakyat khususnya di Parlimen Hulu Terengganu ini tidak perlu takut untuk disuntik vaksin Covid-19 mahu pun termakan dakyah golongan antivaksin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI