fbpx

10,000 bungkusan makanan untuk penduduk Pulau Pinang terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran (kanan) membantu membungkus barangan keperluan untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan sehingga RM1.5 juta untuk diagihkan dalam bentuk makanan dan barangan keperluan harian kepada kira-kira 10,000 penduduk di negeri ini yang memerlukan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali berkata, proses pengagihan itu bermula sejak Khamis lalu dan lebih 600 keluarga di seluruh negeri ini telah menerima manfaatnya setakat ini.

“Setiap keluarga yang layak akan menerima bungkusan makanan dan barang keperluan harian lain bernilai RM150 dan ini merupakan nilai tertinggi yang kita peruntukkan kepada penerima bantuan setakat ini.

“Sehingga kini juga, ZPP telah menerima sehingga 2,300 permohonan dan setiap permohonan yang diterima akan disaring oleh pegawai-pegawai kami terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau proses pengumpulan dan pembungkusan barangan keperluan tersebut di Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang, Kepala Batas di sini.

Menurutnya, mereka yang berhasrat untuk memohon bantuan tersebut boleh menghubungi ZPP atau mengisi borang permohonan dengan melampirkan salinan kad pengenalan.

“Bantuan ini kita buka kepada semua orang Islam di Pulau Pinang sama ada warganegara atau bukan warganegara.

“Sebaik disahkan layak menerima, pasukan bertindak ZPP akan membuat penghantaran segera dalam tempoh 24 jam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI