fbpx

Verstappen selesa dianggap bakal juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN muncul pendahulu saingan F1 ketika ini selepas konsisten berada di podium dalam lima perlumbaan lalu. – AFP

MONACO – Pemandu Red Bull, Max Verstappen mula berasa selesa dengan statusnya sebagai pilihan utama memenangi Formula Satu (F1) musim ini yang mampu menjadi kejuaraan pertama dalam kariernya.

Verstappen, 23, buat kali pertama berjaya mendahului carta keseluruhan dengan empat mata ke atas pencabar terdekat dari Mercedes, Lewis Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali daripada lima perlumbaan setakat ini.

Pemandu dari Belanda itu juga menjelaskan, dia sudah bersedia menghadapi saingan daripada pelumba-pelumba lain yang mengidamkan kedudukannya dalam baki 18 perlumbaan selepas ini.

“Saya tidak kisah menjadi orang yang ‘diburu’ sekarang,” kata Verstappen yang konsisten menaiki podium dalam semua lima perlumbaan termasuk menjuarai GP Monaco hujung bulan lalu.

Bagaimanapun, Verstappen enggan terlalu mendabik dada dengan situasi semasa kerana percaya Mercedes dan Hamilton mempunyai kemampuan untuk merampas semula kedudukan itu jika dia melakukan sebarang kesilapan.

“(GP) Monaco tidak boleh dijadikan ukuran untuk membuktikan tahap prestasi jentera kerana Mercedes masih sebuah pasukan yang kuat. Saya percaya Mercedes akan lebih garang dalam perlumbaan seterusnya.

“Lewis (Hamilton) tidak dicabar sejak beberapa tahun lalu tetapi sekarang dia dilihat sudah mula merasai tekanan itu,” jelasnya.

Bagi memastikan ia tidak berlaku, Verstappen perlu berada di kedudukan lebih baik berban­ding Hamilton dalam setiap perlumbaan bermula GP Azerbaijan di Baku pada 6 Jun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI