fbpx

PPV pandu lalu pertama Perak bermula 10 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (kiri) beramah mesra bersama petugas kesihatan di PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Khidmat pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu pertama di negeri ini akan diperkenalkan pada 10 Jun ini bertempat di Stadium Indera Mulia di sini sekali gus melancarkan lagi perkhidmatan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, perkara berkenaan sudah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Perak dengan Kinta akan menjadi daerah pertama.

“Pihak pengurusan telah mengadakan mesyuarat dan mendapat persetujuan untuk melaksanakan khidmat suntikan pandu lalu ini.

“Banyak perkara baik akan berlaku dalam Jun ini termasuklah jumlah vaksin jenis Sinovac dan Pfizer yang akan bertambah,” katanya kepada pemberita selepas lawatannya di PPV di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga dimaklumkan jumlah suntikan vaksin harian di PPV berkenaan sudah mencapai tahap maksimum sebanyak 1,800 dos sehari.

“Kita menjangkakan apabila khidmat pandu lalu berkenaan dimulakan 10 Jun jumlah suntikan harian akan mencapai sehingga 2,400 dos sehari.

“Perkhidmatan pandu lalu ini akan dilaksanakan untuk pemberian dos kedua bagi penerima vaksin terlebih dahulu,” katanya.

Sehingga kini terdapat dua PPV secara pandu lalu iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Cheras. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI