fbpx

Polis perhebatkan pemeriksaan kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis Selangor akan memperhebatkan pemeriksaan di kilang-kilang dalam memastikan yang dibenarkan sahaja beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini termasuk surat kebenaran dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) agar tidak disalahguna oleh mereka.

“Kita telah mula pergi ke kilang-kilang untuk pemeriksaan. Sekiranya didapati terdapat pelanggaran, kita ambil tindakan undang-undang.

“Selain itu, saya telah mengarahkan kesemua Ketua Polis Daerah meningkatkan sekatan jalan raya dan tindakan daripada pasukan pemantau agar SOP dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menjelaskan sebanyak 487 kompaun telah dikeluarkan dengan kesalahan paling banyak dilakukan melibatkan pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal setakat semalam.

Tegas beliau, pergerakan trafik di seluruh Selangor setakat ini menunjukkan penurunan antara 70 hingga 80 peratus dan hasil pemeriksaan mendapati hanya mereka mempunyai surat kebenaran sahaja berada di jalan raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI