fbpx

PKPD di Bentong dan beberapa kawasan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 14 kawasan sekitar bandar Bentong, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini sehingga 19 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tersebut diambil selepas 209 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di sekitar bandar Bentong.

Beliau berkata, antara kampung yang terlibat dengan pelaksanaan PKPD adalah Kampung Chamang Lama/Baru, Taman Bukit Chamang, Kawasan Perindustrian Bentong dan Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah.

“PKPD turut dikenakan di Kampung Sungai Marong, Taman Bukit Bentong, Taman Hussin/Taman Syahbandar, Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas, Bentong Heights, Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1.

“Turut dikenakan PKPD adalah Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan PKPD turut dikenakan di beberapa kawasan di Sabah bagi tempoh sama.

Beliau berkata, antara kawasan di Sabah yang dikenakan PKPD adalah tiga lokaliti dalam daerah Papar membabitkan Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni.

“Bagi daerah Sandakan, PKPD dikenakan di Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7 Taman Mawar, manakala di Kota Kinabalu melibatkan Taman Wangsa, Jalan Telipok.

“Di daerah Kudat pula, PKPD akan dilaksanakan di Kampung Perpaduan, Pulau Banggi. Pelaksanaan PKPD ini memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pengesanan awal kes Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,”ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI