fbpx

Pertikaian pelantikan Sri Ram sepatutnya telah selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gopal Sri Ram.

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram selaku pendakwa raya dalam perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor tidak sepatutnya dipertikai lagi dan dijadikan isu pada peringkat ini, demikian hujah pihak pendakwaan.

Ini kerana Mahkamah Persekutuan pada 2019 telah memuktamadkan isu pelantikan peguam berpengalaman itu mengetuai pasukan pendakwaan ketika menolak permohonan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut memohon agar Sri Ram digugurkan daripada pasukan pendakwaan kesnya.

Pasukan pendakwaan menghujahkan, pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu selaku pendakwa raya kanan termaktub di bawah Seksyen 376(3) Kanun Prosedur Jenayah.

Selain itu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam afidavit yang diikrarkannya pada 11 Mei lalu turut mengesahkan bahawa beliau sendiri memberi kuasa pendakwa raya kepada Sri Ram untuk mengendalikan pendakwaan terhadap Rosmah.

Sehubungan itu, isu pelantikan Sri Ram selaku pendakwa raya mahupun keabsahan perbicaraan
terhadapnya sepatutnya telah selesai dan tidak perlu ditimbulkan lagi kerana perkara tersebut telah dimuktamadkan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Demikian isi kandungan penghujahan bertulis pihak pendakwaan bertarikh 28 Mei lalu yang difailkan bagi membantah permohonan Rosmah untuk menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dan mengisytiharkan prosiding kes rasuah di Mahkamah Tinggi, terbatal.

Pendengaran permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, namun ditangguhkan sehingga 17 Jun ini.

Dalam penghujahan bertulis itu, pihak pendakwaan turut menyatakan, Rosmah melalui Tetuan Jagjit Singh & Co. mengikrarkan afidavit yang mendakwa Sri Ram telah memperdaya mahkamah.

Afidavit tertuduh yang diikrarkan pada 6 Mei dan 21 Mei lalu disediakan oleh peguamnya, merupakan satu tuduhan yang serius walhal keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan Najib, adalah dalam pengetahuan pihak pembelaan.

Kes terhadap Rosmah, 69, berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar
bandar di Sarawak kini di peringkat bela diri.

Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd., Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017. -K!ONlLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI