fbpx

Pemandu towing maut selepas sejam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan yang mengorbankan seorang pemandu towing di Jalan Besar Palong 2, dekat sini, petang tadi. / FOTO IHSAN PDRM

JEMPOL – Seorang pemandu towing disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6 selepas lebih sejam terbabit dalam kemalangan di Jalan Besar Palong 2, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Mohamad Azim Othman, 26, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.25 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori towing jenis Isuzu yang dipandu mangsa dan lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun yang membawa muatan buah sawit.

“Siasatan awal mendapati pemandu muatan sawit dari arah Pasir Besar menghala ke Palong 2. Setiba ditempat kejadian, pemandu towing dari arah bertentangan dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu memasuki laluan lori muatan sawit dan merempuh di bahagian sisi kanan lori berkenaan.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dikejarkan ke Klinik Palong 4,5 dan 6 bagi menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia selepas sejam mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Beliau berkata, pemandu lori membawa muatan kelapa sawit berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurutnya, mayat mangsa bakal dibedah siasat petang ini bagi mengetahui punca kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI