fbpx

Lima tahun menabung duit syiling untuk beli motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANG syiling yang dikumpul digunakan untuk membeli sebuah motosikal. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengumpul duit syi­ling selama lima tahun untuk mencapai impian membeli sebuah motosikal dengan menggunakan wang tersebut, lapor portal berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik @siwipanca, kelihatan seorang wanita memakai tudung merah berada di dalam sebuah kedai motosikal dengan membawa duit syiling yang begitu banyak.

Bagi memudahkan wang tersebut dikira, wanita itu sudah menyusun dan membungkus duit syiling yang dibawa.

Beberapa pekerja kedai motosikal dilihat mengeluarkan wang itu untuk dikira.

Menurut keterangan dalam klip video tersebut, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mahu membeli motosikal jenis Honda Scoopy berharga 19.7 juta Rupiah (RM5,675).

Dia mengumpulkan duit syi­ling itu selama lima tahun untuk mencapai impiannya.

“Wanita ini menabung syiling selama lima tahun untuk membeli motosikal,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Netizen yang menonton rakaman tersebut mengagumi ke­sungguhan wanita itu mengumpul syiling demi membeli sebuah motosikal.
“Bagaimana ya wang itu dibawa? Pasti sangat berat,” tulis seorang netizen.

“Tak terbayang saya bagaimana wanita ini berjuang, tabik,” tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut sehingga kini sudah mencatat lebih 1.2 juta tontonan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI