fbpx

Kertas siasatan InstaStory ibu Neelofa diserahkan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Kartini.

SHAH ALAM – Kertas siasatan berhubung ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed yang didakwa memuat naik komen berbaur sensitif terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya kini telah mengambil keterangan terhadap tujuh individu berhubung kes tersebut.

“Kita hanya menunggu laporan berkaitan teknikal sebelum merujuk kertas siasatan itu kepada DPP,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ketika ditanya berhubung pengambilalihan siasatan yang sebelum ini difahamkan dimulakan oleh Polis Kuala Lumpur, Arjunadi menegaskan kejadian berlaku di Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI