fbpx

Kerajaan kaji sidang Parlimen secara hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pelaksanaan Sidang Dewan Parlimen secara hibrid yang melibatkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi memastikan Parlimen akan dapat berperanan sebagaimana sewajarnya walaupun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19 serta program pemulihan masih berjalan di semua peringkat.

“Pada hari ini, satu mesyuarat telah diadakan secara maya antara saya selaku menteri bertanggungjawab dengan hal ehwal Parlimen bersama Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Timbalan-Timbalan Yang Di-Pertua.

“Mesyuarat ini bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan persiapan ke arah pelaksanaan Parlimen secara hibrid yang merangkumi aspek-aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan,” katanya.

Jelasnya lagi, mesyuarat hari ini pada dasarnya bersetuju dengan pelan konsep Parlimen Hibrid ini diadakan yang berasaskan penyertaan Ahli-ahli Parlimen secara kehadiran fizikal dan juga secara maya.

Takiyuddin berkata, mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.

Sebelum ini, beberapa pimpinan parti politik pembangkang menyuarakan pandangan agar Parlimen bersidang bagi membolehkan isu berkaitan rakyat dalam tempoh pandemik ini segera diselesaikan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sudah hampir setengah tahun Parlimen tidak bersidang sejak sesi yang berakhir pada 15 Disember tahun lepas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI