fbpx

Kena ada alternatif cari duit – Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NORDIANA

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Nordiana mengakui pendapatannya terjejas hampir 60 peratus ekoran banyak persembahan pentas dan undangan nyanyian yang terpaksa dibatalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu.

Siti Nordiana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, 37, walau bagaimanapun tidak pernah merintih apatah lagi mengeluh selain cuba mencari pelbagai inisiatif agar dapat menampung komitmen bulanannya.

“Jujur saya katakan 60 peratus pendapatan saya hilang dan terjejas sejak PKP dilaksanakan. Pelbagai cara saya lakukan untuk menampung semula kerugian tersebut.

“Justeru, dalam keadaan serba mencabar ketika ini, saya kena berfikir lebih kreatif dan jauh. Tiada ‘show’ (persembahan) di luar, saya cuba buat persembahan dalam media sosial pula,” katanya pada siang media virtual single terbaharunya, Cukup Derita Itu.

Selain daripada acara nyanyian, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana berkata, dia turut melakukan pelbagai kerja-kerja lain bagi menambah pendapatan tambahan seperti menjual tudung jenama sendiri menerusi platform jualan dalam talian dan ulasan produk menerusi Instagram.

“Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu dan harap orang panggil kita buat ‘show’ sahaja. Waktu-waktu beginilah wang simpanan juga sangat membantu terutama ketika berdepan kecemasan.

“Alhamdulillah, buat masa ini saya masih mampu melunaskan segala bayaran untuk komitmen serta perbelanjaan bulanan seperti biasa,” katanya.

Pada masa sama, pelantun lagu Angkara itu turut bersyukur kerana sering mendapat tawaran dan kepercayaan melakukan ulasan produk berbayar serta menjalankan beberapa kempen dalam Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI