fbpx

Kapal berlanggar di pelabuhan akibatkan kren kontena runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kren kontena yang runtuh di Pelabuhan Kaohsiung selepas dua buah kapal kontena berlanggar. - Taiwan English News

TAIPEI, TAIWAN – Seorang cedera, manakala dua lagi terperangkap dalam runtuhan selepas kapal kontena yang berlabuh di sebuah pelabuhan di Taiwan berlanggar dengan sebuah kapal lain, mengakibatkan sebuah kren kontena runtuh, lapor laman berita Taiwan English News semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) itu, kapal kontena Durban seberat 86,679 tan milik Syarikat Perkapalan OOCL sedang dalam proses berlabuh di dermaga 66, Pelabuhan Kaohsiung sebelum ia melanggar kapal kontena Constancy kepunyaan Yangming Shipping yang berlabuh di dermaga 70.

Perlanggaran itu mengakibatkan satu daripada empat kren di pelabuhan tersebut runtuh dan mengenai beberapa kontena lain yang kemudiannya turut terjatuh.

Pekerja pelabuhan lari bertempiaran ketika kren tersebut jatuh, namun seorang pekerja cedera dan dua lagi terperangkap di dalam kren.

Pekerja yang terperangkap itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan pada pukul 12.44 tengah hari dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pelabuhan Kaohsiung merupakan pelabuhan terbesar di Taiwan, dan ke-15 terbesar di dunia.  – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI