fbpx

Iman sumbang 5,000 bungkusan ringankan beban Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penerima gembira mendapat barangan dapur oleh pihak Iman.

PETALING JAYA- Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) menyumbangkan sebanyak 5,000 bungkusan berupa barangan dapur bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya yang terkesan akibat Covid-19.

Iman dalam satu kenyataan berkata, agihan bungkusan itu meliputi penerima seperti ibu tunggal, warga emas, mualaf dan orang yang tidak mempunyai pendapatan akibat terjejas dengan pandemik itu.

“Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Iman tetap meneruskan kegiatan membantu golongan kurang bernasib baik bagi membantu meringankan beban mereka.

“Program itu diilham sendiri oleh Pergerakan Sayap Iman sekaligus menjadi bukti betapa golongan muda sekiranya diberi ruang dan peluang sanggup berkorban masa dan tenaga demi membantu mereka dalam kesulitan,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI