fbpx

Gardner dipilih sertai Tech3 KTM musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARDNER mempamerkan aksi terbaik pada saingan Moto2 musim ini menyebabkan dia ditawarkan menyertai saingan MotoGP musim depan. – AFP

LONDON – Pendahulu saingan Moto2 musim ini, Remy Gardner akan mendapat peluang be­rentap dengan jaguh-jaguh handalan dunia dalam peringkat ter­tinggi

Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan bersama pasukan Tech3 KTM.

Ia menyaksikan pelumba dari Australia itu akhirnya bakal mengikut jejak ayahnya, Wayne Gardner beraksi dalam kelas premier MotoGP sejak bersara pada 1992.

“Saya sangat gembira kerana­ KTM memberikan peluang keemasan ini kepada saya. Impian saya menjadi kenyataan selepas bekerja keras meraih tempat dalam MotoGP.

“Saya mengakui sudah tidak sabar untuk menunggang jentera musim depan kerana inilah yang saya nanti-nantikan selama ini. Terima kasih kepada KTM kerana mempercayai kemampuan saya.

“Sekarang fokus saya untuk menamatkan (Moto2) tahun ini pada kedudukan paling baik,” kata Gardner yang beraksi dengan Red Bull KTM Ajo kelas Moto2 musim ini.

Kehadiran Gardner, 23, me­nyaksikan saingan MotoGP 2022 bakal memperlihatkan dua pelumba dari Australia beraksi termasuk Jack Miller dari pasukan Ducati dan ia adalah buat kali pertama sejak era Casey Stoner dan Chris Vermeulen pada musim 2009.

Pengarah KTM, Pit Beirer menjelaskan keputusan itu diambil kerana potensi besar ditunjukkan Gardner yang berjaya menaiki lima podium daripada enam perlumbaan Moto2 setakat musim ini.

“Remy (Gardner) seorang yang tidak cepat berputus asa. Dia adalah pelumba yang sa­ngat menarik untuk disaksikan. Jadi, saya percaya kami membuat keputusan tepat,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI