fbpx

Doktor selit nama penerima vaksin disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan yang menjadi tular di laman Twitter mendakwa tindakan seorang doktor memasukkan nama penerima vaksin yang tiada dalam senarai.

IPOH – Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat dakwaan salah laku melibatkan seorang doktor di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini yang dikatakan memasukkan nama penerima vaksin biarpun tiada dalam senarai.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Ummi Kalthom Shamsudin berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berkenaan perkara berkenaan.

“Perkara ini dalam siasatan dan kita akan keluarkan kenyataan akhbar berhubung kejadian tersebut.

“Kejadian tu kami dah ambil maklum di PPV Teluk Intan dan kelihatan seperti orang fasa tiga yang masuk,” katanya ringkas kepada pemberita selepas lawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali di PPV Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman Twitter selepas ciapan salah seorang pengguna laman sosial berkenaan mendakwa terdapat seorang doktor menyelit nama penerima vaksin yang tiada dalam senarai.

Dakwanya, perkara berkenaan bukan kali pertama berlaku dan sampai bila situasi tersebut akan berlanjutan selain turut mempersoalkan ketelusan doktor tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI