fbpx

DBKL sita tiga warga asing jual sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sayur-sayuran yang dijual oleh warga asing yang disita oleh pihak DBKL semalam.

PETALING JAYA – Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita tiga peniaga warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di luar Pasar Harian Selayang, Kuala Lumpur, semalam.

DBKL menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, seramai enam orang anggota yang ditugaskan membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan pasar tersebut.

Jelasnya, ketika pemantauan dibuat, terdapat beberapa warga asing yang memulakan perniagaan seawal pukul 8 pagi di luar kawasan Pasar Harian Selayang, di sini.

“Antara sayur-sayuran yang dijual adalah timun, kacang panjang, terung, limau dan juga cili api merah dan hijau.

“Kami akan terus melaksanakan tindakan seperti ini dari semasa ke semasa dan kerjasama orang ramai untuk melaporkan aktiviti sebegini adalah amat dialu-alukan. Ini untuk memastikan tiada halangan trafik yang berlaku di luar pasar akibat aktiviti mereka ini,” kata kenyataan itu.

Sitaan yang dilakukan oleh pihak DBKL semalam mendapati seramai tiga orang penjaja (BW) Myanmar dan diambil tindakan di bawah Notis Kompaun UUK 3(1) Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan, dan Perindustrian (WPKL) 2016 yang menjual sayur-sayuran.

Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat, ia boleh diberikan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI