fbpx

Daiyan hulur bantuan kepada orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daiyan trisha menggunakan wang sendiri untuk membantu mereka yang terkesan akibat Covid-19.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara, Daiyan Trisha mengakui sangat tersentuh dan pening memikirkan nasib mereka yang terkesan de­ngan Covid-19 hingga sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membantu mereka.

Daiyan Trisha, 28, memberi­tahu, luahan rakyat di media sosial telah menggerakkan hati­nya untuk menghulurkan bantuan.

“Bila saya baca berita me­ngenai mereka yang terkesan, hati saya sangat tersentuh sehingga pening memikirkan keadaan mereka. Tidaklah ba­nyak tapi saya bantu ikut kemampuan.

“Paling kasihan apabila ada individu mesej saya di Instagram minta dibantu kerana tiada duit membeli susu. Pelajar univer­siti juga ada minta bantuan,” kata pemilik nama lengkap Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin itu.

Tambahnya, dia juga kerap berkongsi maklumat mengenai badan dan pertubuhan kebajikan yang boleh dihubungi di Instagram kepada mereka yang memerlukan.

Menurut pelakon drama Projek: Anchor SPM itu, dia mengambil peluang menggunakan Instagram untuk membantu seramai mungkin orang yang terkesan.

“Perasaan empati menebal dalam jiwa saya dan saya cuba letakkan diri saya dalam kehidupan mereka. Itu yang perlu kita semua lakukan,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, Daiyan Trisha kerap memuat naik ciapan dalam Twitter mengenai isu berkaitan masyarakat dan pandemik Covid-19 dan mereka yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI