fbpx

Cubaan seludup besi keluli skrap ke Singapura gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyeludupan besi keluli skrap bernilai RM292,096 ke Singapura berjaya dipatahkan, Isnin lalu.

ISKANDAR PUTERI – Lima lelaki bertindak licik apabila mengikrarkan dalam borang dagangan untuk membawa keluar besi keluli skrap bernilai RM292,096 ke negara jiran, Singapura.

Helah itu bagaimanapun dapat dihidu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor dalam pemeriksaan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, dekat sini, Isnin lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, bertindak atas maklumat, serbuan dibuat pada pukul 11.15 malam terhadap empat buah lori yang membawa barang dagangan tidak bercukai tersebut.

“Hasil pemeriksaan rapi mendapati dagangan dan tarif kod dagangan yang diikrar dalam borang kastam berlainan dengan dagangan sebenar yang dibawa dalam lori.

“Jumlah sitaan dagangan besi keluli skrap (steel scrap) dianggarkan bernilai RM292,096 manakala anggaran empat buah lori yang disita itu pula bernilai RM400,000.

“Keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM692,096,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sazali berkata, lima lelaki yang ditahan merupakan warga tempatan yang berusia lingkungan 29 hingga 43 tahun.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan sindiket penyeludupan itu adalah dengan mengikrar eksport yang tidak betul bagi mengelak daripada mengemukakan permit eksport selain mengelirukan pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu mengeksport barang-barang larangan tanpa permit yang sah dan membuat pengikraran tidak betul. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI