fbpx

Alasan beli makanan, 7 dikompaun RM14,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh individu dikenakan kompaun selepas melanggar syarat SOP PKP dalam SJR di Jalan Persisiran Sungai Danga, Selesa Jaya, Iskandar Puteri, Johor, petang semalam. - GAMBAR HIASAN

ISKANDAR PUTERI – Tujuh individu termasuk seorang wanita masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Persisiran Sungai Danga, Selesa Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pukul 6 petang itu, kompaun dikeluarkan kerana melanggar arahan had jumlah penumpang yang dibenarkan dalam sebuah kenderaan.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dibuat, mereka yang menaiki dua kenderaan berasingan itu memberi alasan keluar untuk membeli makanan.

“Semasa pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat, polis mendapati kedua-dua pemandu kenderaan itu gagal mematuhi arahan jumlah kapasiti penumpang dibenarkan.

“Mereka juga gagal memberi keterangan yang munasabah berkaitan tujuan pergerakan berkenaan.

“Sehubungan itu, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 26 tahun dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, dua daripada mereka bekerja sebagai mekanik, perempuan terbabit merupakan seorang suri rumah manakala yang lain merupakan penganggur.

“Tindakan kompaun dibuat mengikut Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP norma baharu ditetapkan dalam usaha memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat diatasi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI