fbpx

Zoo Negara mampu bertahan tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZOO Negara mampu bertahan dua hingga tiga bulan ketika PKP penuh dijalankan bermula Selasa lalu.

PETALING JAYA – Zoo Negara mampu bertahan dalam tempoh dua hingga tiga bulan tanpa pe­ngunjung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara bermula 1 Jun.

Timbalan Presiden Zoo Negara,­ Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, setakat ini pihak­nya masih mampu menampung kos operasi termasuk keperluan makanan haiwan serta gaji kakitangannya.

“Keadaan di Zoo Negara buat masa ini masih seperti biasa, cuma bezanya kita tidak ada pengunjung. Setakat ini, per­belanjaan Zoo Negara boleh bertahan untuk tempoh dua hingga tiga bulan.

“Bagi menggaji kakitangan juga tiada masalah cuma tidak semua kakitangan digalakkan melakukan kerja lebih masa, me­lainkan bagi kakitangan yang perlu­ membuat pemantauan 24 jam terhadap anak panda yang baru dilahirkan Liang Liang Isnin lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai bekalan makanan pula, Rosly berkata, ia masih mencukupi dan makanan tidak akan dicatu untuk diberikan pada haiwan-­haiwan di Zoo Negara kerana boleh menjejaskan kesihatan haiwan.

“Berbeza dengan PKP tahun lalu, itu pertama kali negara berdepan PKP jadi kita tidak sempat membuat persediaan, itu yang membuatkan bekalan makanan dan perbelanjaan juga tidak mencukupi.

“Malah PKP pertama dahulu menyebabkan banyak pihak hantar bekalan makanan ke Zoo Negara hingga tiada tempat untuk disimpan dan akhirnya terpaksa dibuang kerana makanan rosak selepas tidak disimpan dengan betul. Tetapi, kali ini semuanya terkawal,” jelasnya.

Baru-baru ini Zoo Negara menerima bantuan daripada kerajaan kira-kira RM1 juta selain sumbangan daripada pihak luar.

“Dahulu memang Zoo Negara perlu merayu kerana tidak cukup duit dan kita takut haiwan tidak makan.

“Jadi, hebahan media ketika itu memang banyak membantu Zoo Negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI