fbpx

Tiga kematian kanak-kanak setakat Mei lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu proses pemindahan dan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 pada petang tadi.

PUTRAJAYA – Tiga kematian Covid-19 direkodkan melibatkan kanak-kanak bawah usia lima tahun dalam tempoh lebih singkat iaitu lima bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data kes kematian melibatkan golongan tersebut, sebanyak tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan sepanjang tahun lepas.

Menurutnya, selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan ketara.

“Pada tahun lepas, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes iaitu enam daripadanya berumur bawah lima tahun.

“Bagi tahun ini sehingga Mei, sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah lima tahun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Justeru, Noor Hisham berkata, dengan segala maklumat yang diberikan, Kementerian Kesihatan berharap semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga dapat memainkan peranan penting bagi melindungi mereka yang mempunyai imuniti rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar daripada virus Covid-19.

“Binalah persekitaran yang selamat bagi mereka dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan segeralah dapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`