fbpx

Tiba masanya berjuang – Cheng Hoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHENG HOE terlibat dalam latihan skuad Harimau Malaya menjelang aksi menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai tengah malam esok.

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya mentaliti anak-anak buahnya tidak pernah terjejas dengan rekod kekalahan 0-10 ketika kali terakhir beraksi menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di gelanggang lawan.

Sebagai rekod, pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018, Malaysia di bawah kendalian Dollah Salleh dimalukan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila dibelasah 10-0 oleh UAE di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi pada September 2015.

Namun, situasi berbeza pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dua tahun lalu apabila skuad Harimau Malaya hampir melakar kejutan dengan mendahului pasukan itu sebelum tewas tipis 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kini, Cheng Hoe anggap pertemuan baharu awal pagi esok di Stadium Zabeel, Dubai adalah berbeza kerana skuad kali ini dengan pasukan Harimau Malaya enam tahun lalu tidak boleh disamakan.

“Psikologi pemain berada pada tahap terbaik dan kami juga tidak pernah membincangkan tentang kekalahan 0-10 kerana ia sudah menjadi sejarah dan kita harus terus fokus ke depan.

“Ini adalah situasi berlainan bahkan barisan pemain juga berbeza. Justeru, saya percaya kita mampu menyekat serangan UAE jika pemain tampil yakin dengan aksi tanpa sebarang tekanan,” katanya pada sidang akhbar secara virtual semalam.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe turut percaya pasukan UAE tidak begitu kebal memandangkan mereka turut tewas kepada Viet­nam dan Thailand dalam aksi peringkat Kumpulan G sebelum ini.

“Kita boleh lihat UAE tewas kepada Thailand dan Vietnam di gelanggang lawan sebelum ini, namun saya tidak mahu keputusan itu dijadikan sandaran tetapi lebih kepada motivasi buat pemain untuk mencipta sebarang kemungkinan.

“Apa yang pasti, UAE kini pasukan berbeza dengan ramai pemain berkualiti terma­suk natu­ralisasi baharu dengan bimbingan pengendali berpengalaman, Bert Van Marjwick.

“Justeru, saya mahu pemain fokus dalam usaha memburu mata penting buat pasukan,” kata Cheng Hoe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI