fbpx

Tak gentar berdebat dengan si bodoh – Catriona Ross

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CATRIONA ROSS tahu Suhaimi Saad tidak puas hati tegurannya.

PETALING JAYA – Enggan melayan provokasi Suhaimi Saad, Catriona Ross menganggap tidak keperluan untuknya berdebat dengan individu yang melihat bumi ini datar kerana hanya akan menjadi kerja sia-sia.

Katanya, tindakan balas lelaki yang tidak dikenali itu langsung tidak menggoyahkan semangatnya untuk menyebarkan perkara positif sebagai peringatan kepada semua bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Memang saya tidak tahu siapa dia atau isu dia membidas saya dalam laman sosial semata-mata saya menegur sikap sekelompok masyarakat yang degil hinggalah ada rakan memaklumkan perkara itu.

“Selepas itu, baru saya tahu individu berkenaan adalah lelaki yang tidak percaya bahawa bumi ini bulat dan antivaksin, jadi saya langsung tak ambil hati atau terkesan dengan kata-kata yang dihamburkannya.

“Saya teringat mengenai nasihat Imam Asy-Syafi’i supaya jangan berdebat dengan orang yang bodoh kerana mereka itu tidak pernah mahu untuk faham landasan ilmu.

“Masyarakat sendiri pun tahu kepercayaan dia bagaimana. Jadi lebih baik saya abaikan saja kerana kalau dilayan kita tak ke mana. Saya tak gentar dengan manusia begitu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Semalam bekas anggota Inteam itu muat naik video menyelar kenyataan aktres terbabit terhadap mereka yang tetap berdegil melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila berpusu-pusu pulang ke kampung sebaik ‘total lockdown’ diumumkan.

Pada masa sama, bintang drama Pujaan Hati itu berharap orang ramai mengambil peluang mendapatkan vaksin sekali gus tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang diperjuangkan anti vaksin.

Kata Catriona lagi, golongan sebegini wajar dikenakan tindakan undang-undang kerana menghasut orang lain supaya mengikut jejak mereka, memomokkan dengan kisah palsu serta menyebarkan perkara tidak benar mengenai vaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI