fbpx

Suhaimi Saad ‘letak jawatan’ sebagai penyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIMI SAAD

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, bekas anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad mengumumkan sudah ‘meletak jawatan’ sebagai penyanyi nasyid malam tadi.

Begitu pun, tidak dinyatakan punca sebenar yang membuatkan penasyid berusia 40 tahun ini mengambil keputusan drastik mahu bersara selepas dua dekad berada dalam arena seni.

“SS (Suhaimi Saad) letak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Tak perlu panggil ustaz.

“Panggil SS atau Mie saja. Siapa degil SS akan kompaun dan block (sekat),” katanya menerusi satu pengumuman dalam Instagram.

Sepanjang bersama Inteam sejak 2000, mereka menghasilkan enam album sebelum Suhaimi mengambil keputusan untuk bergerak sendirian lima tahun kemudian.

Suhaimi tidak menunggu lama apabila menubuhkan syarikat pengurusan sendiri yang dinamakan Karya Mosus dan menerbitkan album solo pertama berjudul Kias Cinta pada 2006.

Dua tahun kemudian dia yang aktif dalam penghasilan lagu muncul dengan album berjudul Kalamak disusuli album Zikir Selawat dan Doa (2013) dan Maksud Hidup (2016).

Suhaimi juga pernah merakamkan album bersama isterinya, Ina Naim dan empat cahaya mata mereka yang diberikan judul Bismillah.

Pada masa sama dia turut mengingatkan pengikut laman sosialnya jangan lagi memintanya membawakan lagu Inteam atau akaun mereka akan disekat jika masih berdegil.

Terdahulu, Suhaimi yang kini mengalami masalah penglihatan pernah berdepan pelbagai kontroversi bermula dengan perdebatannya mengenai bentuk bumi hingga kelantangannya menegur artis lain.

Terbaharu, dia menegur sikap pelakon Catriona Ross yang lantang mengkritik kedegilan orang Kelantan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya berhubung larangan rentas negeri. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI