fbpx

Separuh akhir sasaran England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
England meletakkan sasaran mara ke separuh akhir pada aksi Euro kali ini berdasarkan prestasi mereka pada Piala Dunia 2018 lalu. – AFP

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate menganggap pasukan itu gagal sekiranya tidak mampu melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2020 yang akan bermula 12 Jun ini.

Pada Piala Dunia 2018 di Rusia, skuad The Three Lions itu menampilkan aksi cukup memberangsangkan apabila mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Croatia.

Justeru, Southgate berharap skuad kendaliannya itu mampu melangkah sekurang-kurangnya ke pusingan empat pasukan terbaik pada Euro nanti berdasarkan senarai pemain yang dimiliki.

“Ya, sudah tentu saya anggap ia satu kegagalan jika kami tidak layak ke separuh akhir. Bagi saya, sasaran itu realistik dan semua pemain perlu realisasikannya.

“Saya tahu semua pemain sangat teruja untuk beraksi pada Euro kali ini. Oleh itu, mereka perlu tampilkan aksi terbaik pada kejohanan tersebut,” katanya.

Meskipun membariskan sebahagian besar pemain muda, namun Southgate menegaskan penyokong tetap meletakkan harapan tinggi untuk menyaksikan England menjulang trofi kejohanan.

“Semua orang dalam pasukan perlu menyumbang tidak kira pemain atau staf. Kami pernah layak ke separuh akhir dua kali, jadi saya mahu pergi lebih jauh kali ini,” ujarnya.

Sementara itu, Southagate menyenaraikan nama pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold di dalam senarai akhir pemain skuadnya, manakala dua pemain Manchester Uni­ted, Mason Greenwood dan Jesse Lingard gagal meloloskan diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI