fbpx

Salman tiada ‘bintang’ di mata penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM baharu Salman Khan, Radhe dicaci peminat,

FILEM terbaharu lakonan Salman Khan berjudul Radhe yang memulakan tayangan pada Hari Raya Aidilfitri lalu secara streaming di India telah mendapat komen negatif dan cacian daripada penonton.

Rata-rata penonton menghentam Salman selepas pelakon itu memberi amaran supaya tidak menonton filem tersebut secara haram. Namun ternyata, amaran yang dikeluarkan tidak setanding dengan mutu filem lakonannya.

Lebih buruk lagi, filem Radhe bukan sahaja mendapat kritikan pedas, malah filem tersebut turut tidak diberikan sebarang bintang daripada penonton.

“Biarpun saya menontonnya secara haram, tetapi saya tetap berasa rugi kerana telah membuang banyak waktu. Radhe sebuah filem yang sangat teruk,” ujar salah seorang penonton.

Selain Salman Khan, Radhe yang ditayangkan menerusi platform Zee di India turut dibintangi pelakon Disha Patani dan Randeep Hooda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI