fbpx

Projek pertanian punca pencemaran sungai diarah berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan projek pertanian di Sungai Raia, Ipoh yang diarahkan menghentikan operasi selepas menjadi punca kepada pencemaran sungai.

IPOH – Sebuah syarikat pemaju diarah menghentikan operasi dan kerja tanah membabitkan projek pertanian di Sungai Raia di sini berkuat kuasa serta-merta ekoran menjadi punca pencemaran sungai di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, arahan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak semasa pemeriksaan dalam Ops Bersepadu.

Katanya, projek pertanian tersebut beroperasi dengan keluasan kira-kira 247 ekar tanpa kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Syarikat pemaju tersebut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan apa-apa kerja tanah perlu dihentikan serta-merta.

“Ops Bersepadu tersebut melibatkan tujuh orang penguatkuasa JAS Perak diketuai Pengarahnya, Rosli Zul bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak,” ujarnya di sini hari ini.

Pemeriksaan turut melibatkan petugas daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, JPS Daerah Kinta, Jabatan Perhutanan Perak, PLANMalaysia@Perak serta Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah dan perunding projek pertanian tersebut.

Operasi serbuan ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI