fbpx

PPV kawasan industri akan dibuka dalam tempoh dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (kiri) dan Kon Yeow (dua kiri) ketika melakukan tinjauan di PPV Spice di Bayan Lepas hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan akan membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di kawasan industri bagi memberi kemudahan kepada golongan pekerja yang perlu bertugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia akan dibuka dalam tempoh dua minggu ini selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Khairy berkata, pihaknya turut mengutarakan cadangan kepada kerajaan negeri mengenai pembukaan PPV di kawasan perindustrian Bayan Lepas dan Batu Kawan di negeri ini.

“Ia bagi membolehkan pekerja yang bertugas semasa PKP dapat diberi kemudahan vaksinasi untuk melindungi mereka.

“Kita akan lancarkan vaksinasi untuk sektor industri dalam tempoh dua minggu ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan di PPV Spice di The Spice Arena, Bayan Lepas di sini sambil diiringi Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Ia merupakan PPV mega pertama di negeri ini yang dijangka mula beroperasi pada 7 Jun ini dengan sasaran pemberian vaksin kepada antara 1,000 hingga 3,000 orang sehari pada peringkat awal pelaksanaan.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya menjangkakan untuk meningkatkan penghantaran bekalan vaksin ke negeri ini pada Julai dan Ogos bagi memastikan program pemberian vaksin kepada penduduk negeri ini dapat dipercepatkan.

Sehubungan itu, beliau berkata, beberapa lagi PPV akan dibuka di negeri ini termasuklah di Tapak Pesta, Sungai Nibong di sini pada minggu hadapan dan tiga PPV hospital swasta yang bermula 7 Jun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI