fbpx

Mona Allen promosikan bisnes peniaga kecil secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONA ALLEN

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib peniaga kecil yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pelakon Mona Allen tampil ke depan melakukan inisiatif membantu golongan tersebut menggunakan media sosialnya.

Mona dalam Instagramnya berkata, dia membuka ruang kepada peniaga kecil yang mahu mempromosikan perniagaan mereka tanpa mengenakan sebarang caj bayaran.

“Salam. Sempena PKP 3.0, untuk peniaga-peniaga kecil atau sesiapa sahaja yang nak berniaga. Nak minta tolong saya muat naik dalam InstaStory, sila mesej saya.

“Tiada bayaran dikenakan. Sama-sama kita membantu sesama sendiri. Sila tag juga bisnes anda. Semoga dimurahkan rezeki, amin,” tulisnya.

Perkongsian isteri kepada pengarah dan pelakon Pekin Ibrahim itu menerima pujian ramai yang menyifatkan dia berhati mulia dan baik kerana sudi membantu orang ramai yang terkesan akibat pandemik ketika ini.

Sejurus hantaran tersebut dimuat naik semalam, ruangan komen dihujani permintaan pengikutnya yang meminta bantuan untuk mempromosikan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan mereka.

Ruangan InstaStory pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu juga dipenuhi dengan banyak hantaran ulang siar (repost) berupa promosi bisnes daripada pengguna Instagram.

Terdahulu, pelaksanaan PKP 3.0 yang bermula sejak 31 Mei lalu hanya membenarkan waktu operasi perniagaan dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI