fbpx

Kilang papan beroperasi waktu malam dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin (tengah) memeriksa keadaan kilang kayu yang beroperasi tanpa kebenaran ketika pelaksanaan sekatan penuh sektor sosial dan ekonomi di Salak Baru, Sungai Siput semalam. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

SUNGAI SIPUT – Pemilik sebuah kilang papan di Salak Baru di sini dikompaun RM10,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh kerana beroperasi tanpa kebenaran.

Premis ini juga telah diarah tutup oleh pihak bomba sejak Mei lalu kerana gagal mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, ketika serbuan pada pukul 9 malam tadi, kira-kira 20 pekerja berada di dalam kilang tersebut namun masing-masing bertempiaran lari sebaik sahaja menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun katanya, lapan lelaki warga asing berusia antara 20 hingga 50 tahun berjaya ditahan.

“Siasatan mendapati, kilang tersebut beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam tempoh PKP 3.0 selain mempunyai notis arah tutup oleh pihak bomba.

“Premis itu memulakan operasi bermula pukul 6 petang hingga 10 malam bagi mengaburi pihak berkuasa dengan 16 hingga 20 pekerja bertugas pada satu-satu masa,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini semalam.

Menurut Mohd. Khaizam, bagi memastikan aktiviti mereka tidak dikesan, premis itu menutup pintu utama menyebabkan pihak polis terpaksa masuk ke lokasi serbuan menerusi kilang lain.

Katanya, berdasarkan siasatan, pemilik premis memberi alasan terpaksa meneruskan operasi bagi menyelesaikan kayu-kayu yang tinggal untuk mengelakkan kerosakan.

“Tindakan ke atas premis itu dijalankan di bawah Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Bagi pekerja warga asing itu pula, tindakan diambil mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 manakala mereka yang tiada dokumen sah disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI