fbpx

Kapal perang TLDM, Perancis adakan latihan bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KD Lekir (depan) dan FS Surcouf semasa terlibat dalam latihan Passex di sekitar perairan utara Selat Melaka baru-baru ini.

LUMUT- Kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Lekir mengadakan latihan Passage Exercise (Passex) bersama Tentera Laut Perancis melibatkan kapal frigat FS Surcouf di sekitar perairan utara Selat Melaka baru-baru ini.

Frigat kelas La Fayatte ini dalam program pelayaran Mission Jeanne D’Arc 2021 dari Perancis menuju ke Jepun dan berlabuh di jeti Awana Porto Malai, Langkawi pada 29 Mei hingga 1 Jun bagi mengisi keperluan logistik sebelum meneruskan pelayaran.

Pejabat Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memberitahu, Passex merupakan salah satu inisiatif antara kedua-dua pasukan bagi mengeratkan hubungan diplomatik antara negara serta kebolehupayaan bersama.

Menurut kenyataan tersebut, latihan ini untuk menguji dan memastikan kedua-dua kapal mampu berkomunikasi serta bekerjasama dengan baik di laut.

“Beberapa jenis latihan telah dilaksanakan iaitu penembakan sasaran permukaan, RAS Approach OOW Manoeuvre sebagai pelengkap latihan.

“Latihan Sail Pass and Breakaway turut dilakukan iaitu FS Surcouf melaksanakan Sail Pass di lambung sebelah kanan KD Lekir sebelum latihan Passex tersebut selesai,” ujar kenyataan tersebut.

Secara keseluruhan, semua latihan yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya dan selamat, mencapai objektif serta dapat menguji kemampuan aset TLDM dalam beroperasi bersama aset-aset dari negara lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI