fbpx

Jenis vaksin punca jemaah haji Indonesia tiada kuota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indonesia menggesa pemimpinnya untuk menjelaskan adakah jenis vaksin yang menjadi punca tiada kuota haji buat jemaahnya tahun ini. - ILMFEED.COM

JAKARTA – Indonesia didakwa tidak mendapatkan kuota haji daripada pemimpin Arab Saudi ekoran masalah penggunaan vaksin, lapor portal Suara.com semalam.

Akibatnya, kerajaan Indonesia dilaporkan tidak dibenarkan menghantar jemaah haji ke tanah suci Mekah tahun ini.

Ketua Dewan Perwakilan Indonesia (DPD-RI), La Nyalla Mahmud Mattalitti meminta penjelasan kepada pemimpin Indonesia berkenaan isu tersebut.

Menurut La Nyalla,  Kementerian Agama perlu menjelaskan kepada masyarakat secara rasmi berkenaan kenyataan tersebut.

“Ini termasuk memberi penjelasan tentang sebabnya dan adakah ketiadaan kuota itu disebabkan jenis vaksin yang digunakan Indonesia tidak termasuk dalam senarai yang diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Vaksin Sinovac yang dibeli kerajaan Indonesia baru sahaja mendapat kelulusan penggunaan ketika kecemasan oleh WHO semalam dan jemaah haji negara itu telah divaksin dengan vaksin kembangan farmaseutikal China itu.

La Nyalla bagaimanapun meminta pemimpin untuk menjelaskan apakah alasan sebenar yang menyebabkan Indonesia masih belum diberikan kuota haji.

“Setakat ini, sebab yang diketahui ialah berkenaan jenis vaksin. Oleh itu, pemimpin harus memastikan dahulu apa sebenarnya yang menjadi punca tiada kuota haji supaya masyarakat tidak keliru.

“Selepas ini, pemimpin perlu membuat skala keutamaan bagi program imunisasi kerana ketepatan maklumat bagi jenis vaksin yang disarankan buat jemaah haji adalah amat penting supaya tidak merugikan masyarakat kita,” katanya.

Menurut maklumat terkini dari kerajaan Arab Saudi, empat vaksin Covid-19 yang diluluskan oleh Arab Saudi untuk bakal jemaah haji serta umrah pada tahun ini adalah Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI