fbpx

Haqiem Rusli kecewa hati ramai gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM RUSLI

TERKEJUT dan patah hati. Begitulah kebanyakan reaksi yang diluahkan para peminat Haqiem Rusli baru-baru ini selepas penyanyi lagu Mimpi itu mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini.

Manakan tidak, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Haqiem umum nak kahwin. Memang hancurlah hati anak-anak dara satu Malaysia yang selama ini tergila-gilanya jejaka si penggemar kaca mata hitam itu.

Ditambah pula dengan imej bersih Haqiem yang tak pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan mana-mana wanita, lagilah terkejut.

“Serius bila dapat tahu yang Haqiem hendak kahwin, aku menangis,” tulis seorang peminatnya dalam Instagram.

Sabarlah ya kepada para peminat yang kecewa. Jangan sedih sangat, ramai lagi penyanyi lelaki di Malaysia ini yang masih solo.

Malah, sehingga kini, peminat Haqiem aktif berteka-teki siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi isteri penyanyi itu.

Misteri sungguh identiti bakal isteri Haqiem.

MIZZ LAHAR: Shukri Yahaya dikecam sebagai hero lembik dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Alahai netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI