fbpx

Gempa bumi kuat landa Maluku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 27 September 2019 oleh Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menunjukkan kerosakan akibat gempa bumi di Ambom, Kepulauan Maluku. - AFP

JAKARTA – Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan kawasan di sekitar Kepulauan Maluku, Indonesia hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa kuat itu berlaku pada kedalaman cetek 31 kilometer dan  sekitar 127 kilometer ke barat daya bandar Ternate. 

Setakat ini belum ada laporan  tentang kerosakan atau kemalangan jiwa.

Indonesia mengalami gempa bumi yang kerap kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api Pasifik ‘. Kawasan merentasi dari Jepun hingga ke Asia Tenggara melalui rantau Pasifik itu mengalami pertembungan  plat tektonik yang mengakibatkan letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Pada 2004, gempa bumi dahsyat berukuran 9.1 pada skala Richter menggegarkan perairan Sumatera dan mencetuskan tsunami yang membunuh 220,000 orang termasuk 170,000 di Indonesia.- AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI