fbpx

Cas penuh telefon dalam masa 8 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Telefon pintar keluaran Xiaomi di China hanya memerlukan masa lapan minit untuk pengecasan penuh. - Xiaomi HyperCharge

BEIJING – Syarikat gergasi teknologi China, Xiaomi  memperkenalkan model telefon pintar yang diubah suai dan mampu mencapai tahap pengecasan penuh hanya dalam masa lapan minit, lapor akhbar Metro UK  semalam.

Telefon pintar terbaharu keluaran Xiaomi itu dibekalkan dengan bateri 4,000 mAh yang mempunyai teknologi ‘HyperCharge’ 200W.

Menurut kenyataan Xiaomi, telefon pintar jenama Mi Pro 11 itu  menggunakan  teknologi yang diubah suai untuk mencatat rekod kelajuan terpantas dalam aspek pengecasan  telefon.

Pada masa sama, syarikat itu juga  memiliki teknologi  sistem pengecasan tanpa wayar yang boleh melakukan perkara serupa dalam masa cuma 15 minit. 

Bagaimanapun, teknologi ini belum lagi ditawarkan di pasaran komersial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI