fbpx

Buruh didakwa pukul isteri guna kayu hoki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ali (kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan kayu hoki di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencedera dan memukul isterinya dengan sengaja menggunakan sebatang kayu hoki minggu lalu.

Tertuduh, Che Ali Ariffin, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Noor Azlinda Mohamed Zahari, 42, dengan menggunakan sebatang kayu hoki.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Kemasin, Bachok kira-kira pukul 7.30 pagi pada 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh melakukan kesalahan yang serius dengan melibatkan ahli keluarganya sendiri.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar ikat jamin yang rendah diberikan kepadanya.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapan tarikh 5 Julai depan untuk sebutan semula kes.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI