fbpx

BDB sumbang peralatan perubatan kepada HSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIMBALAN Pengarah Pengurusan HSB, Wan Ahmad Fazli Wan Kamis (kanan) menunjukkan peralatan perubatan yang disumbangkan oleh BDB di Alor Setar baru-baru ini.

ALOR SETAR – Kumpulan Bina Darulaman Bhd. (BDB) telah menyumbang lebih daripada RM180,000 bagi membantu kerajaan negeri Kedah dan barisan hadapan untuk mena­ngani pandemik Covid-19 sejak tahun 2020.

Sumbangan berupa juadah makanan, minuman dan pelitup muka diserahkan kepada petugas barisan hadapan di sekitar daerah Kota Setar dan Kubang Pasu, manakala sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan dibuat melalui kerajaan negeri Kedah.

Terbaharu, BDB telah me­­­n­yumbang sebanyak RM81,000 kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berupa peralatan yang amat diperlukan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut, iaitu 10 buah Infusion Pump dan 10 buah Syringe Pump.

“Kumpulan BDB memandang serius situasi semasa pandemik Covid-19 di negeri Kedah dan usaha ini akan dapat membantu meringankan beban petugas barisan hadapan yang sedang me­rawat dan menyelamatkan nyawa rakyat di negeri ini.

“Diharap sumbangan tersebut akan dapat membantu meringankan beban pihak hospital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sumbangan peralatan perubatan itu telah diserahkan kepada Pengarah HSB, Dr. Zaiton Udin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI