fbpx

ADUN sumbang 30 peratus gaji ke tabung Covid-19 Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 29 ADUN Pulau Pinang termasuk Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang sumbang gaji ke Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Seramai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari semua parti di negeri ini bersetuju menyumbangkan 30 peratus gaji bulan ini kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

Selain itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang pula akan menyumbang satu bulan gaji bulan ini ke dalam tabung berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama antara Choo Kiang dan kesemua ADUN berkenaan.

Menurut kenyataan tersebut, Speaker DUN serta kesemua ADUN itu berharap sumbangan tersebut akan digunakan dengan sebaiknya untuk rakyat negeri ini yang terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini adalah sumbangan kali kedua selepas sumbangan 30 peratus gaji yang telah dibuat pada tahun 2020,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Semalam, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyumbang gaji mereka bagi bulan ini kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI