fbpx

Tiada pesakit Covid-19 lari dari HRPZ II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej di aplikasi WhatsApp yang mengatakan seorang wanita yang dijangkiti Covid-19 melarikan diri dari HRPZ II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan terdapat seorang pesakit Covid-19 melarikan diri dari wad Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, perkara itu sudah disahkan sendiri oleh Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali yany memaklumkan bahawa tiada sebarang kemasukan pesakit wanita seperti maklumat yang tular itu.

“Saya ingin menegaskan kepada orang ramai agar tidak menyebarkan peristiwa atau berita yang belum sahih bagi mengelakkan kekeliruan.

“Jika menerima berita yang tidak pasti, jangan kongsikan kepada orang lain. Lebih baik bertanya kepada pihak berkuasa sama ada kejadian ini betul atau tidak,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp berita mengenai seorang pesakit wanita yang dipercayai melarikan diri dari Wad 8 iaitu wad pesakit Covid-19 di HRPZ II.

Keadaan itu menyebabkan masyarakat di sekitar daerah ini khuatir sekiranya pesakit itu mencetuskan jangkitan Covid-19 kepada orang lain seperti yang berlaku di Kepulauan Tumpat bulan lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI