fbpx

Suri rumah rugi RM4,000 ditipu kenalan lelaki dari Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang suri rumah berusia 52 tahun mengalami kerugian RM4,000 apabila ditipu rakan Facebook yang kononnya berasal dari Texas, Amerika Syarikat yang mahu mengirimkan hadiah untuknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang mempunyai suami mengenali rakan baharunya itu melalui Messenger Facebook pada awal bulan Mei lalu.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai Daniel Halid yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan mereka berkawan selama beberapa minggu sebelum bertukar nombor telefon dan berbalas mesej melalui WhatsApp.

“Pada 30 Mei lalu lelaki tersebut memberitahu mahu mengirimkan hadiah kepada mangsa daripada luar negara sebagai menghargai hubungan yang terjalin,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, bagaimanapun mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang untuk menebus barang itu sebelum mangsa meminta anaknya membuat pembayaran ke akaun bank yang diberikan.

“Anak mangsa telah membuat tiga kali transaksi bayaran ke akaun berkenaan berjumlah RM4,000 dan selepas itu mangsa memberitahu anaknya pihak terbabit meminta lagi bayaran berjumlah RM2,000 sebagai caj cukai kastam.

“Anak mangsa mula berasa curiga dan terus menghubungi pihak polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sebelum tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI