fbpx

[VIDEO] Sanggup langgar SOP demi berebut nombor giliran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berdurasi 1 minit 13 saat memaparkan orang ramai bersesak-sesak di pintu masuk JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur di sini kelmarin.

PETALING – Polis mengesahkan kesesakan di pintu pagar utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur berlaku berikutan orang ramai berebut untuk mendapatkan nombor giliran.

Terdahulu, tular video di laman sosial memaparkan orang ramai berasak-asak di pintu masuk berkenaan sehingga sanggup melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan tidak menghiraukan jangkitan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, hasil semakan mendapati kejadian berlaku antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang kelmarin apabila orang ramai berebut untuk memasuki premis JPJ bagi urusan di kaunter.

“Ketika kejadian didapati hanya 50 nombor giliran dibuka pada sesi sebelah petang.

“Keadaan itu diburukkan lagi dengan kehadiran orang ramai untuk menjelaskan saman tertunggak yang diberi diskaun sehingga 70 peratus oleh pihak JPJ.

“Orang ramai mengambil kesempatan untuk menyerbu kaunter pembayaran saman pada saat-saat akhir yang mana pada asalnya tarikh akhir diskaun adalah sehingga 11 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, berikutan suasana tidak terkawal di lokasi, pihak keselamatan JPJ Wangsa Maju telah meminta bantuan pihak polis untuk mengawal keadaan.

“Ketika Pasukan Pemantau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju tiba di lokasi, orang ramai dilihat mulai bersurai bagi mengelak daripada dikenakan kompaun,” ujarnya.

Tegasnya, orang ramai dinasihati agar sentiasa mematuhi SOP supaya penularan rantaian Covid-19 dapat diputuskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI