fbpx

Pelakon Indonesia lupa usia sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariel menyangkakan dia sudah berusia 26 tahun, sebaliknya bakal mencecah 25 tahun pada November ini. – Instagram Ariel Tatum

JAKARTA – Pelakon, penyanyi dan model terkenal dari Indonesia, Ariel Tatum mendedahkan bahawa dia terlupa usianya pada tahun ini, lantas memaksanya untuk membuat pencarian di internet bagi mengetahui usia sebenarnya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Pemilik nama asal Ariel Putri Tari itu menyangkakan dia kini berumur 26 tahun.

Sebaliknya, pencarian di internet mendapati bahawa usianya baru mencecah 24 tahun.

“Saya betul-betul ingat umur saya 26 tahun pada bulan November ini,” tulis Ariel di Instagram Story miliknya semalam.

Pelakon sinetron Dia Bukan Anakku itu turut mengakui hairan dengan sikapnya yang terlupa tentang usia sebenarnya.

“Memang lucu kerana saya tiba-tiba tidak tahu berapa umur saya,” katanya.

Berdasarkan fakta internet, Ariel lahir di Jakarta pada 8 November 1996 dan akan mencapai usia 25 tahun pada bulan November ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI