fbpx

Padah operasi lebih masa, kilang plastik dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang pembuatan plastik tersebut dikompaun RM10,000 malam tadi selepas melanggar SOP PKP 3.0.

PETALING JAYA – Sebuah kilang pembuatan plastik di Taman Medan di sini dikompaun RM10,000, kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP)  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, tindakan itu diambil selepas sepasukan polis membuat serbuan ke kilang tersebut pada pukul 10.45 malam tadi.

Katanya, hasil serbuan itu mendapati kilang terbabit beroperasi melebihi masa dan polis telah mengeluarkan kompaun RM10,000 ke atas penyelia kilang (wakil kilang) yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun.

“Kilang itu dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan 17 (2) peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (ppppb) (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021

“Pihak polis juga mendapati kilang tersebut masih menggunakan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang sudah tamat tempoh, iaitu bertarikh sebelum 1 Jun,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, lapan pekerja warga tempatan yang berumur antara 18 hingga 69 tahun yang sedang bekerja di dalam kilang tersebut ketika serbuan turut dikompaun.

“Mereka terdiri daripada tujuh wanita dan seorang lelaki itu dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang mengikut peraturan 17 (1) peraturan yang sama,” ujarnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI