fbpx

Nafas baharu Benzema bersama Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA menyasarkan untuk membantu Perancis menjuarai Euro 2020 selepas enam tahun tersisih. – AFP

PARIS – Penyerang sensasi Pe­rancis, Karim Benzema mengakui sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu kariernya bersama skuad kebangsaan dalam usaha menjadi juara Euro 2020 yang akan membuka tirai rasmi 12 Jun ini.

Sebagai rekod, Benzema tersisih daripada skuad Les Bleus sejak 2015 susulan kontroversi apabila dituduh mengugut rakan senegara, Mathieu Valbuena untuk menyebarkan video peri­badinya.

Bagaimanapun, prestasi memuncak yang dipamerkan oleh Benzema bersama Real Madrid dengan meledak 30 gol dalam semua kejohanan musim ini menyaksikan Didier Deschamps terpaksa membuat pusingan ‘U’ dengan memanggil semula kelibatnya dalam skuad utama.

Justeru, Benzema yang kini berusia 34 tahun mahu menutup sejarah lama dengan memberi tumpuan penuh buat skuad juara Piala Dunia 2018 itu dalam usaha menamatkan kemarau kejuaraan Euro yang kali terakhir dimena­ngi pasukan itu pada edisi 2000.

“Apa yang berlaku biarkan berlalu. Sudah tentu sebagai manusia biasa, perasaan menyesal itu ada dalam diri saya tetapi itulah lumrah kehidupan kerana saya tidak boleh mengubah masa lalu.

“Apa yang boleh saya lakukan ketika ini adalah fokus kepada masa depan dengan memberi tumpuan penuh buat pasukan yang kini dalam persiapan untuk mengharungi kejohanan Euro yang cukup penting buat kami.

“Kami memiliki pasukan yang cukup baik terutama dengan kehadiran pemain muda, Kylian Mbappe yang telah mencipta fenomena tersendiri dengan membantu pasukan menjuarai trofi Piala Dunia 2018 sebelum ini.

“Namun, kami perlu fokus dan tidak boleh terlalu yakin kerana pasukan lain juga sedang membuat persiapan rapi,” katanya.
Perancis telah diundi dalam Kumpulan G bersama Jerman, Portugal dan Hungary. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI