PETALING JAYA – Aplikasi MySejahtera telah melancarkan ciri pilihan baharu bagi mengenal pasti ibu mengandung dan menyusukan bayi bagi tujuan pertimbangan vaksin.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 melalui Twitter rasminya berkata, ibu mengandung dan sedang menyusukan kini boleh mengemaskini status tersebut di MySejahtera.
Janji temu vaksinasi akan diberikan berdasarkan jenis vaksin yang sesuai untuk golongan tersebut.
Sementara bagi yang bukan pengguna MySejahtera, mereka boleh hubungi talian hotline untuk bantuan lanjut. – K! ONLINE