fbpx

Menteri Besar, Exco dan ADUN Kelantan hulur bantuan untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan bersetuju memberi sumbangan masing-masing sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan menangani wabak Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM15,000 manakala setiap Exco Kerajaan Negeri pula masing-masing akan menyumbang sebanyak RM10,000.

Katanya, selain itu, setiap ADUN Kelantan yang lain akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000 seorang.

“Kesemua sumbangan itu akan disalurkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim yang dikenali sebagai Tabung Serambi Mekah.

“Kelantan menyambut baik inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) sebanyak RM40 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, sehubungan dengan itu, kerajaan negeri turut memutuskan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang terkesan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ketika ini menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19

Katanya, dalam pakej itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta atau RM60,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diselaraskan oleh 45 Pusat Khidmat DUN.

“Selain itu, bayaran cukai tanah semasa yang berakhir pada 30 Jun depan akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos dan denda lewat cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 1 September depan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI